Tuesday, December 28, 2021

Wednesday, November 17, 2021

LITTLE JOE & HARIMAU MALAYA

 

Rakan penaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Pewangi Udara Kereta, 
Little Joe Malaysia

Pewangi Udara Kereta, Little Joe Malaysia memperkenalkan produk Little Joe-Harimau Malaya kedua yang terbaharu di Wisma FAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Joe Malaysia, Mohamad Farhan Mohd Fawzi menyatakan kejayaan kolaborasi pertama pada 31 Ogos lalu yang amat menggalakkan menjadi inspirasi kepada Little Joe untuk melancarkan pewangi udara Little Joe-Harimau Malaya edisi kedua ini. 

Selain di outlet Petronas, peminat Harimau Malaya juga boleh mendapatkan pewangi udara Little Joe-Harimau Malaya ini di Shopee, Lazada, stesen minyak BHP terpilih dan dijangka memasuki pasaran AEON STORE, AEON BIG, & AL IKHSAN. 

Tuesday, November 16, 2021

Datuk Nicol Ann David

 



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh & legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Beliau merupakan wanita Asia pertama yang menduduki ranking nombor 1 dunia dalam sukan skuasy wanita. 

Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

*Pada 7 Jun 2008, Nicol dikurniakan Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan

Monday, October 11, 2021

Dato Pandelela Rinong Pamg

 



Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau merupakan pemenang pingat Gangsa & Perak Sukan Olimpik.



*Pandelela was the first Malaysian female athlete to win an Olympic medal.

Monday, May 3, 2021

Selangor 2021 Third & Special Kit (85 Years)

 

Memperkenalkan jersi ke-3 dan edisi khas SFC 2021. Setiap elemen yang kami terapkan dalam jersi ke-3 dan edisi khas ulang tahun ke-85 SFC.



TERHAD KEPADA 1936 SET SAHAJA



Memperkenalkan jersi edisi khas ulang tahun ke-85 pasukan bola sepak Selangor. Lengkap dengan selempang diRaja, jersi ini hadir dengan logo klasik Selangor & setiap satunya mempunyai nombor siri unik bagi setiap satu.

Set istimewa ini juga hadir dengan pengangkut baju khas, garment bag, pemegang sijil eskslusif dan sijil ketulenan bernombor yang sama dengan jersi. Ia juga tampil dengan kit nombor 85 yang keemasan, yang melambangkan legasi 85 tahun kelab ini.

#85YearsCreatingALegacy



Wednesday, April 14, 2021

PUMA Malaysia & Ben Amir & Al-Ikhsan

 




Pelakon Ben Amir (Muhammad Amir Sabaruddin) dilantik sebagai duta jenama sukan Puma 
Malaysia dengan kerjasama kolaborasi bersama Al-Ikhsan.

Antara ahli sukan terkenal dunia yang menjadi duta Puma adalah seperti Usain Bolt, Antoine Griezmann, Lewis Hamilton & Nemar Jr.




Al-Ikhsan Sports


Wednesday, April 7, 2021

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) & Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH)

 


PPHH menjadi penaja bagi saingan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Cabaran musim 2021.

Penajaan tersebut dilaporkan bernilai RM500,000 untuk tempoh setahun dan boleh dilanjutkan selepas September depan sandainya syarikat itu mahu terus memberikan komitmen.


Semangat yang ditunjukkan oleh PPHH untuk bersama menyokong Liga Malaysia memberi petanda cukup baik ketika industri bola sepak terkesan akibat pandemik COVID-19.


Saingan Liga Malaysia semakin meriah dengan kebenaran kemasukan penonton ke stadium oleh kerajaan bermula 1 April 2021.




Wednesday, March 31, 2021

FAM & CASIO (G-Shock)

FAM kini menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 hingga 28 Februari 2022.

Oleh itu, Casio melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Jam tangan edisi Harimau Malaya ini menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.

Dengan hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999. Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi Harimau Malaya dengan nombor siri 001 

Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.




Gambar oleh: FAM

Wednesday, March 24, 2021

Highest Standing Jump - Malaysia Book of Records

 Harinder Sekhon
 





Atlet kriket Malaysia, Harinder Sekhon, memahat nama dalam Malaysia Book of Record selepas berjaya membuat "lompatan tertinggi ke atas kotak". 

Harinder memecah rekod kebangsaan untuk 2 kategori iaitu di ketinggian 1. 397 meter dengan 56 lompatan dalam masa seminit.




"Ketika PKP, saya terlintas untuk melakukannya sesuatu yang berbeza dan ia bermula empat bulan lalu. 

Saya tidak jangka akan melangkaui 50 lompatan sebenarnya tapi mengambil keputusan untuk meneruskannya dan ia berhasil. 

Bagi saya umur bukan penghalang untuk cergas, ada orang yang berumur 50 tahun masih mampu melakukan tekan tubi dan lari lebih baik daripada saya," katanya.

*Rekod Dunia adalah 1.70 meter yang dicatat oleh atlet USA iaitu Christopher Spell 


Wednesday, March 17, 2021

Tuneboss-Pink Racing Team

 


Penubuhan pasukan Tuneboss - Pink Racing Team dianggap sebagai sejarah baharu dalam kejuaraan Cub Prix Malaysia kerana ia dikendali serta dimiliki sepenuhnya oleh seorang wanita.


Buat permulaan, Pink Racing Team akan mengambil bahagian dalam dua kategori di Cub Prix musim ini iaitu kategori CP125 & juga kategori Wira.

Bagi kategori Wira, pasukan ini akan menampilkan seorang pelumba wanita, Alia Saarizan manakala cabaran bagi kelas CP125 bakal digalas oleh pelumba serba boleh, Harith Baharin dan seorang lagi pelumba wanita Fifi Muhamad.

Mereka menggunakan jentera Yamaha Legenda.


Selain menyertai kejuaraan Cub Prix, Pink Racing Team juga bakal beraksi pada Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 dan juga Drag Racing.

Nur Atikah

Pemilik pasukan, Nur Atikah sememangnya tidak memiliki latar belakang sebagai pelumba, namun dia mempunyai minat yang mendalam dengan aktiviti yang berkaitan dengan motosikal.

Wednesday, January 6, 2021

AFC Rebrands National & Club Competitions Logo

 


New Era. New Look.

The Asian Football Confederation (AFC) launched an exciting and dynamic range of brand-new logomarks and visual identities for its major national team tournaments - the AFC Asian Qualifiers, AFC Asian Cup, AFC Women’s Asian Cup, AFC U23 Asian Cup, and the hugely popular annual club competitions - the AFC Champions League and AFC Cup. 

*The rebranding was managed together with the AFC’s exclusive commercial partner FMA over a 15-month period and was informed by deep stakeholder collaboration and extensive consumer research across Asia. This process ultimately informed the unique character and design of the new competition brands.

*Inspired by football stadiums and the colours Asia’s national teams wear proudly, the dynamic visual arrangement for AFC national team competitions embraces the very places where Asia’s champions are crowned and fans support the Continent’s best national teams and biggest heroes.



To create an unmistakable connection between the competitions, the AFC Asian Cup, AFC Women’s Asian Cup and AFC U23 Asian Cup logomarks share the same fundamental elements and now proudly feature the tournaments’ distinctive trophies.

These new logomarks will be adapted in respect of each competition, to reflect local elements of the host Member Association.