Wednesday, March 31, 2021

FAM & CASIO (G-Shock)

FAM kini menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 hingga 28 Februari 2022.

Oleh itu, Casio melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Jam tangan edisi Harimau Malaya ini menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.

Dengan hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999. Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi Harimau Malaya dengan nombor siri 001 

Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.




Gambar oleh: FAM

Wednesday, March 24, 2021

Highest Standing Jump - Malaysia Book of Records

 Harinder Sekhon
 





Atlet kriket Malaysia, Harinder Sekhon, memahat nama dalam Malaysia Book of Record selepas berjaya membuat "lompatan tertinggi ke atas kotak". 

Harinder memecah rekod kebangsaan untuk 2 kategori iaitu di ketinggian 1. 397 meter dengan 56 lompatan dalam masa seminit.




"Ketika PKP, saya terlintas untuk melakukannya sesuatu yang berbeza dan ia bermula empat bulan lalu. 

Saya tidak jangka akan melangkaui 50 lompatan sebenarnya tapi mengambil keputusan untuk meneruskannya dan ia berhasil. 

Bagi saya umur bukan penghalang untuk cergas, ada orang yang berumur 50 tahun masih mampu melakukan tekan tubi dan lari lebih baik daripada saya," katanya.

*Rekod Dunia adalah 1.70 meter yang dicatat oleh atlet USA iaitu Christopher Spell 


Wednesday, March 17, 2021

Tuneboss-Pink Racing Team

 


Penubuhan pasukan Tuneboss - Pink Racing Team dianggap sebagai sejarah baharu dalam kejuaraan Cub Prix Malaysia kerana ia dikendali serta dimiliki sepenuhnya oleh seorang wanita.


Buat permulaan, Pink Racing Team akan mengambil bahagian dalam dua kategori di Cub Prix musim ini iaitu kategori CP125 & juga kategori Wira.

Bagi kategori Wira, pasukan ini akan menampilkan seorang pelumba wanita, Alia Saarizan manakala cabaran bagi kelas CP125 bakal digalas oleh pelumba serba boleh, Harith Baharin dan seorang lagi pelumba wanita Fifi Muhamad.

Mereka menggunakan jentera Yamaha Legenda.


Selain menyertai kejuaraan Cub Prix, Pink Racing Team juga bakal beraksi pada Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 dan juga Drag Racing.

Nur Atikah

Pemilik pasukan, Nur Atikah sememangnya tidak memiliki latar belakang sebagai pelumba, namun dia mempunyai minat yang mendalam dengan aktiviti yang berkaitan dengan motosikal.