PPHH menjadi penaja bagi saingan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Cabaran musim 2021.
Penajaan tersebut dilaporkan bernilai RM500,000 untuk tempoh setahun dan boleh dilanjutkan selepas September depan sandainya syarikat itu mahu terus memberikan komitmen.
Semangat yang ditunjukkan oleh PPHH untuk bersama menyokong Liga Malaysia memberi petanda cukup baik ketika industri bola sepak terkesan akibat pandemik COVID-19.
Saingan Liga Malaysia semakin meriah dengan kebenaran kemasukan penonton ke stadium oleh kerajaan bermula 1 April 2021.