Monday, May 18, 2015

Karnival Sukan Pantai 2015

Jumpa anda semua di #KSP2015

29 Mei sehingga 1 Jun 2015

Karnival Sukan Pantai Port Dickson

Buat pertama kalinya, Karnival Sukan Pantai Port Dickson akan diadakan pada 29 Mei sehingga 1 Jun ini, dengan menawarkan tujuh acara berserta hadiah lumayan.
Karnival Sukan Pantai Port Dickson yang bakal diadakan di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan itu adalah anjuran Nisa Events dengan kerjasama Kelab Belia Professional Taman Tunku (KBPTT),
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pelancongan Malaysia dan badan kerajaan tempatan serta Mewah Event Management.
Menurut Pengarah Sukan Nisa Events, Raja Mohd. Kamil Raja Nur Azmi, objektif diadakan karnival tersebut adalah bagi mencungkil bakat-bakat atlet dalam acara sukan pantai dari seluruh pelosok tanah air.

“Walaupun ia bercorak karnival namun siapa tahu, ada bakat atlet yang boleh dicungkil daripada para peserta yang mengambil bahagian dalam acara-acara sukan pantai yang dianjurkan,” katanya kepada ketika ditemui pada majlis pelancaran awal Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 hari ini.
Beliau berkata, walaupun sukan pantai tidak sepopular acara-acara sukan arus perdana, namun sukan pantai dipercayai boleh menjadi sebahagian daripada budaya hidup sihat generasi muda.
Katanya lagi, tujuh acara sukan pantai bakal diadakan nanti iaitu triathilon, bola sepak pantai, bola tampar pantai, kayak serta sukan pantai santai seperti jet ski, paragliding dan banana boat.

Bagi acara trialithon, ujar Raja Mohd. Kamil, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita.
“Setiap peserta perlu berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal sejauh 40km dan acara larian, 10km.
“Para pemenang akan menerima hadiah bernilai RM27,000,” katanya.
Bagi acara bola tampar pantai, katanya, penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita.
“Juara setiap kategori akan menerima hadiah bernilai RM9, 000,” katanya.
Beliau menambah, bola sepak pantai hanya dipertandingkan untuk pasukan lelaki dan peserta berhak merebut hadiah bernilai RM10, 000.

Para peserta yang berminat untuk menyertai Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 boleh daftar:
www.ksp.com.my

 Sumber FB: https://www.facebook.com/ksp.com.my

No comments:

Post a Comment