Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 |
Sekretariat Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017, Kementerian Belia dan Sukan menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam semua aktiviti yang melibatkan temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
- Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan.
- Semua penyertaan yang diterima oleh Sektretariat Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 adalah hak milik Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.
SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
- Ciptaan dan reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
- Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak dari mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
- Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7 cm) berwarna putih dalam computer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ianya hendaklah disimpan di dalam ‘Compact Disc’ menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan ‘software’ terkini yang bersesuaian.
- Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas setiap reka bentuk seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.
- Reka cipta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.
- Reka cipta perlu melambangkan perpaduan Malaysia dan menunjukkan kesatuan negara-negara Asia Tenggara(South East Asia).
- Reka cipta logo wajib meletakkan simbol Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) di mana bahagian logo mengikut kesesuaian.
- Setiap peserta hendaklah mengisi Borang Penyertaan yang disediakan.
- Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu :
• Nama Penuh
• No. Kad Pengenalan
• Alamat Terkini
• Nombor Telefon
• Alamat Emel
- Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ sama ada melalui pos atau email (‘soft copy’ dalam format .ai dan .jpeg.)
- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 04 September 2015.
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
SEKRETARIAT SUKAN SEA KE-29 Kuala Lumpur 2017
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ARAS 7,
MENARA KBS PRESINT 4 NO. 27,
PERSIARAN PERDANA PUTRA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62570 PUTRAJAYA
No. tel : 03-8871 3512
No. faks : 03-8888 8710
Emel : shaharany@gmail.com
No comments:
Post a Comment