Tuesday, October 18, 2016

Rise of the Legend - Datuk Lee Chong Wei

Filem: Rise of the Legend


Sebuah produksi filem dari Taiwan iaitu CB Pictures akan menghasilkan filem yang mengisahkan perjalanan sukan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianggarkan menelan kos mencecah RM6 juta.

Pengarahnya, Teng Bee berkata, jumlah besar itu diperlukan berikutan filem berkenaan turut membabitkan produksi CB Pictures dari Taiwan dan akan diperkenalkan di peringkat antarabangsa.



Bakal ditayangkan pada 2018.

Menurut Teng Bee, pihaknya menunggu 3 tahun untuk mendapatkan persetujuan daripada Chong Wei bagi memulakan proses produksi filem berkenaan yang akan bermula pada pertengahan 2017.


Rise of the Legend akan menggunakan dialog dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

No comments:

Post a Comment