Tuesday, September 26, 2017

Filem RIDZUAN PUZI

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
Pengarah filem Tunku Mona Riza telah mendedahkan bahawa filem terbaru arahannya bakal mengisahkan tentang atlet Paralimpik Malaysia iaitu Ridzuan Puzi. 

Perkara itu diumumkan selepas Tunku Mona telah berjaya merangkul trofi Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) menerusi filem "Redha" pada 23 September 2017. 


Tunku Mona Riza

Menurut pengarah tersebut, filem itu adalah sebuah naskhah biografi mengenai kehidupan Ridzuan Puzi atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, sejak dari dia kecil sehinggalah dia menjadi pemenang pingat emas Paralimpik. 

"Saya sudah pun bertemu dengan Ridzuan dan keluarganya, dan mereka sudah tahu niat saya untuk menghasilkan filem ini. Jika semuanya berjalan lancar, penggambaran filem ini akan bermula awal tahun hadapan," tambahnya. 




Ridzuan Puzi duta produk Dairy Champ


Penerima sulung Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik SAM

No comments:

Post a Comment