Wednesday, November 17, 2021

LITTLE JOE & HARIMAU MALAYA

 

Rakan penaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Pewangi Udara Kereta, 
Little Joe Malaysia

Pewangi Udara Kereta, Little Joe Malaysia memperkenalkan produk Little Joe-Harimau Malaya kedua yang terbaharu di Wisma FAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Joe Malaysia, Mohamad Farhan Mohd Fawzi menyatakan kejayaan kolaborasi pertama pada 31 Ogos lalu yang amat menggalakkan menjadi inspirasi kepada Little Joe untuk melancarkan pewangi udara Little Joe-Harimau Malaya edisi kedua ini. 

Selain di outlet Petronas, peminat Harimau Malaya juga boleh mendapatkan pewangi udara Little Joe-Harimau Malaya ini di Shopee, Lazada, stesen minyak BHP terpilih dan dijangka memasuki pasaran AEON STORE, AEON BIG, & AL IKHSAN. 

Tuesday, November 16, 2021

Datuk Nicol Ann David

 



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh & legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Beliau merupakan wanita Asia pertama yang menduduki ranking nombor 1 dunia dalam sukan skuasy wanita. 

Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

*Pada 7 Jun 2008, Nicol dikurniakan Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan