Monday, January 24, 2022

SOLOZ P.J.K

Soloz P.J.K


King of Gamer Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz) telah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  Negeri Sembilan. 

Istiadat pengurniaan pingat itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Pencapaian Soloz dalam dunia penstriman langsung termasuk Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia yang pernah dimenanginya pada Julai 2019.

Pada Mei 2020, beliau menerima pengiktarafan dari Malaysia Book of Records sebagai pemegang rekod yang mempunyai Pengikut Facebook (E-Sukan) Paling Banyak.

Menerusi usaha kerasnya dalam menghiburkan komuniti, Soloz kini mempunyai lebih 2.6 juta pengikut di Facebook, 1.3 juta pengikut di Instagram dan 1.55 juta pelanggan di YouTube.

Selain bekerja sebagai penghibur penstriman langsung, Soloz juga pernah menaja sebuah pasukan PUBG Mobile tanah air, Anti Circle.

Soloz kini berkerja rapat dengan rakan kongsinya, Nureddy Nursal (Daddyhood) bagi membangunkan jenama Homebois dalam industri e-sukan, gaya hidup dan hiburan.

Friday, January 21, 2022

Kim Pan-gon & Harimau Malaya

 



Kim Pan-Gon (53 tahun) dilantik menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.

Beliau turut membawa bersamanya 4 orang pembantu (Kontrak selama 2 tahun). Mereka akan mula bertugas pada pertengahan Februari 2022.

Beliau sebelum ini merupakan Penyelia skuad kebangsaan Korea Selatan yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong.

Wednesday, January 5, 2022

Cuckoo Malaysia Premier Futsal League 2022

 

Cuckoo Malaysia Premier Futsal League 2022

Berikut adalah 15 pasukan yang bertanding dalam Cuckoo Malaysia Premier Futsal League 2022.


Sponsor besar dari Cuckoo : https://www.cuckoo.com.my/