Monday, February 14, 2022

Datuk Subadron Abdul Aziz

Datuk Subadron Abdul Aziz, dikurniakan gelaran Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan. Subadron melalui jalan yang sukar untuk berjaya sebelum berjaya membuka akademi bola sepak sendiri. Beliau sanggup membeli tanah sebanyak 4 ekar untuk bina akademi bola sepaknya sendiri. Mengikut perancangan, Subadron mahu bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam perkara ini.
Subadron Football Academy - SFA

Datuk Leong Mun Yee

Leong Mun Yee menjadi atlet terbaharu mendapat pengiktirafan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini yang membawa gelaran Datuk. Mun Yee muncul atlet terjun kedua menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk selepas Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud Sepanjang 27 tahun terbabit dalam sukan terjun, atlet kelahiran Perak itu telah menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa dalam Sukan SEA.

Datuk Abdul Latif Romly

Atlet Paralimpik Negara, Abdul Latif Romly Menerima Pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W). Beliau kini dikenali sebagai Datuk Latif Romly.
Beliau terkenal kerana berjaya memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama lalu memenangi pingat emas ketiga Malaysia pada 11 September di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro. Beliau juga turut memenangi pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.
Terbang Latif Terbang!