 |
| Jumpa anda semua di #KSP2015 |
 |
| 29 Mei sehingga 1 Jun 2015 |
 |
| Karnival Sukan Pantai Port Dickson |
Buat pertama kalinya, Karnival Sukan Pantai Port Dickson akan
diadakan pada 29 Mei sehingga 1 Jun ini, dengan menawarkan tujuh acara
berserta hadiah lumayan.
Karnival Sukan Pantai Port Dickson yang bakal diadakan di Batu 1,
Port Dickson, Negeri Sembilan itu adalah anjuran Nisa Events dengan
kerjasama Kelab Belia Professional Taman Tunku (KBPTT),
Kementerian
Belia dan Sukan (KBS), Pelancongan Malaysia dan badan kerajaan tempatan
serta Mewah Event Management.
Menurut Pengarah Sukan Nisa Events, Raja Mohd. Kamil Raja Nur Azmi,
objektif diadakan karnival tersebut adalah bagi mencungkil bakat-bakat
atlet dalam acara sukan pantai dari seluruh pelosok tanah air.
“Walaupun ia bercorak karnival namun siapa tahu, ada bakat atlet yang
boleh dicungkil daripada para peserta yang mengambil bahagian dalam
acara-acara sukan pantai yang dianjurkan,” katanya kepada ketika ditemui
pada majlis pelancaran awal Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015
hari ini.
Beliau berkata, walaupun sukan pantai tidak sepopular acara-acara
sukan arus perdana, namun sukan pantai dipercayai boleh menjadi
sebahagian daripada budaya hidup sihat generasi muda.
Katanya lagi, tujuh acara sukan pantai bakal diadakan nanti iaitu
triathilon, bola sepak pantai, bola tampar pantai, kayak serta sukan
pantai santai seperti jet ski, paragliding dan banana boat.
Bagi acara trialithon, ujar Raja Mohd. Kamil, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita.
“Setiap peserta perlu berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal sejauh 40km dan acara larian, 10km.
“Para pemenang akan menerima hadiah bernilai RM27,000,” katanya.
Bagi acara bola tampar pantai, katanya, penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita.
“Juara setiap kategori akan menerima hadiah bernilai RM9, 000,” katanya.
Beliau menambah, bola sepak pantai hanya dipertandingkan untuk
pasukan lelaki dan peserta berhak merebut hadiah bernilai RM10, 000.
Para peserta yang berminat untuk menyertai Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 boleh daftar:
www.ksp.com.my
Sumber FB:
https://www.facebook.com/ksp.com.my