Thursday, April 16, 2015

Majalah Arena Penang Panthers

Majalah Rasmi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melalui All Images Global Enterprise yang diusahakan oleh semangat setiakawan sekumpulan jurugambar dan wartawan sukan yang juga merupakan penyokong pasukan Pulau Pinang telah berjaya mencipta sejarah dan pembaharuan dengan menerbitkan Majalah Rasmi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang diberi nama Arena Penang Panthers.

Presiden FAP yang juga merupakan penasihat kepada majalah Arena Penang Panthers ini telah memberikan dana sebanyak RM12,000 kepada All Images Global Enterprise bagi menjalankan projek majalah ini.

Majalah Arena Penang Panthers ini akan diterbitkan 2 bulan sekali akan mampu membantu semua penyokong pasukan Pulau Pinang untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang pasukan utama yang beraksi di saingan Liga Perdana dan juga semua aktiviti yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan majalah ini, boleh hubungi wakil-wakil penjual yang sah dengan harga RM8 bagi setiap naskhah dan RM10 majalah bersertakan poster.

Maskot rasmi Arena Penang Panthers

Sumber FB: https://www.facebook.com/ArenaPenangPanthers?fref=ts&ref=br_tf

Sumber Website: http://www.fapenang.my/


 

No comments:

Post a Comment