Liga Bola Sepak Rakyat |
Najib Tun Razak sambil disaksikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyentuh bola sebagai simbolik perasmian Liga Bola Sepak Rakyat |
LBR diilhamkan Tengku Abdullah dengan objektif untuk mengembangkan permainan bola sepak secara bersistematik selain menjadi insitusi yang mampu melahirkan pemain berpotensi untuk beraksi dalam skuad negara.
Sebanyak 111 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan bertaraf amatur ini dan pembahagian pasukan akan dilakukan mengikut zon dengan melibatkan 520 perlawanan.
Tengku Abdullah juga berharap konsep pertandingan bola sepak tajaan swasta melibatkan kerjasama antara FAM dan pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti LBR dapat diperluaskan.
Penganjuran sulung LBR tajaan Bank Rakyat membabitkan penyertaan 111 pasukan dari seluruh negara yang dibahagikan kepada lapan zon iaitu Zon Utara (Perlis dan Kedah), Zon Barat (Perak dan Pulau Pinang), Zon Tengah 1 (Selangor dan Pahang) dan Zon Tengah 2 (Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan).
Ia turut meliputi Zon Selatan (Melaka dan Johor), Zon Timur (Kelantan dan Terengganu), Zon Borneo 1 (Sabah) dan Zon Borneo 2 (Sarawak), yang kesemuanya membabitkan 520 perlawanan.