Wednesday, March 1, 2017

Larian Baton Bangkit Bersama

Baton Bangkit Bersama


Baton Bangkit Bersama direka khas oleh Royal Selangor

Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017

Buat pertama kali, Larian Baton Bangkit Bersama bakal menjadi satu titik bersejarah temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

Larian Baton Bangkit Bersama akan bermula 5 Mac 2017 di Bandar Sri Begawan.

Dari Bandar Seri Begawan, baton dijangka menjelajahi Manila, Vientiane, Yangon, Bangkok, Hanoi, Phnom Penh, Dili, Jakarta dan akhirnya tiba di Singapura sebelum dibawa ke Malaysia merentasi Tambak Johor pada awal Mei 2017.

Larian Baton 'Bangkit Bersama' itu akan menjelajah ibu negara semua negara yang bertanding sebelum kawah dinyalakan pada upacara pembukaan rasmi pada 19 Ogos 2017.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Sukan SEA, baton dibawa menjelajah ke semua negara yang bertanding pada temasya dwitahunan itu.

No comments:

Post a Comment