Monday, February 27, 2017

FAIZ SUBRI : Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K)

Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Beliau menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89. 

Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari 2016.

Mohd Faiz Subri

No comments:

Post a Comment