Sunday, February 5, 2017

Nombor Plat 'Rimau'


Nombor plat 'Rimau'


Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) berasa sukacita untuk melancarkan penjualan nombor plat Rimau sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi untuk memperingati Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September 2017.

Dalam satu kenyataan, MASOC mengesahkan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggunakan nombot plat tersebut.



Rimau

Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari : 
http://www.kualalumpur2017.com.my/
Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP ialah pada 1965 dan sehingga edisi Singapura pada 2015, Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan SEA ialah pada 2001 apabila muncul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72).

No comments:

Post a Comment