Friday, April 21, 2017

Farkhan Haron : Anugerah Peninju Contoh Terbaik Konfederasi Tinju Dunia (WBC) Asia 2016

Muhammad Farkhan Mohd Haron 
Peninju profesional Malaysia, Muhammad Farkhan Mohd Haron dinamakan sebagai penerima Anugerah Peninju Contoh Terbaik Konfederasi Tinju Dunia (WBC) Asia 2016.

Beliau menerima pengiktirafan tersebut atas kejayaannya muncul peninju pertama Malaysia meraih dua gelaran - 'Light Heavyweight WBC Asia dan Silver Cruiserweight WBC Asia'.



WBC Asia

Anak kepada bekas peninju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail, memenangi kejuaraan Light Heavyweight WBC Asia selepas menewaskan peninju Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba semasa Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor pada awal tahun ini.

Sebelum itu, Muhammad Farkhan meraih kejuaraan Silver Cruiserweight WBC Asia selepas menumpaskan peninju Indonesia, Elly Pangaribuan dengan teknikal 'knock out' di Far East Square, Singapura pada Julai tahun lepas.

No comments:

Post a Comment